KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
WARNA PERANG.jpg

WARNA PERANG | Nor Azah Abd Aziz & Rozlan Mohamed Noor

RM 23.00
Buy Now

Judul : Warna Perang
Pengarang : Nor Azah Abd Aziz & Rozlan Mohamed Noor
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 192 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 978967612060X

Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, iaitu; 10 buah cerpen, 10 buah puisi, dan dua buah rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan cetusan daripada idea pengarang mapan dan pengarang generasi baharu.

Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan kematangan pengarang dalam menggarap isu-isu semasa sosial, budaya, ekonomi dan politik yang bersifat setempat dan sejagat. Kepekaan pengarang juga jelas terpancar melalui pemilihan subjek yang memaparkan bibit-bibit pemikiran dekolonisasi rohani. Pemikiran ini menggamit keyakinan diri terhadap kekuatan akar tradisi bangsa sebagai senjata untuk menghadapi godaan dan cabaran hegemoni neokolonialisme.

Puisi "Warna Perang" yang menjuduli antologi ini membawa mesej perang yang ditafsirkan sebagai angkara nafsu yang mengakibatkan kedukaan, kehancuran kedamaian, dan sentiasa mengancam kehidupan manusia tanpa kesudahan. Secara tidak langsung, khalayak diajak untuk memikirkan kesan buruk akibat perang dan menjauhinya sedaya mungkin.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Imam - Salina Ibrahim
  2. Sebatang Besi Buruk - Zaharah Nawawi
  3. Batu Bukit Batu Sungai - Amaruszati Noor Rahim
  4. Pulau Itu Sejarah yang Berulang - Mohd. Hashim Othman
  5. Dipilihnya Destinasi Itu - Siti Hajar Mohd. Zaki
  6. Kuning Itu Bukit - Malim Ghozali P.K.
  7. Si Pahlawan Pedang Kayu - Saifullizan Yahaya
  8. Legenda Kuda Hitam - Serunai Faqir
  9. Wadah - Ramli Abdul Halim
  10. Ingin Jadi Nasrallah - Faisal Tehrani

PUISI

  1. Warna Perang - Saifullizan Yahaya
  2. Sayap-sayap Awan yang Gugur - Darma Mohammad
  3. Nota Kecil di Hujung Isyak II - Fahd Razy
  4. Membuka Ladang - Roslan Madun
  5. Selamat Pagi Pattani - Ahmad Kamal Abdullah
  6. Hikmah Bencana - Shukri Abdullah
  7. Syarah Sejarah I - Muhammad Lutfi Ishak
  8. Angin Ogos Ini - Mohd Zizee Setapa
  9. Bumi Kudup Kami Bernyanyi - Ahmad Kamal Abdullah
  10. Nyanyian Seorang Pelaut - Ezani Daud

KAJIAN & RENCANA SASTERA

  1. Alam Melayu-Muslim dalam Sastera - Ilias Zaidi
  2. Pemikiran Eksistensialisme Samad - Zakaria Ariffin