KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
UMK - Rumah Burung Walet.png

STRATEGI PENGURUSAN RUMAH BURUNG WALET : PENGALAMAN USAHAWAN BERJAYA oleh Mohd Rafi Yaacob

RM 29.90
Buy Now

 

Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A merupakan satu pengenalan kepada industri Sarang Burung Walet yang sedang mendapat perhatian sekarang. Turut dijelaskan pada bahagian ini adalah berkaitan dengan kos pembinaan rumah burung walet dan keterlibatan usahawan sarang burung walet, khususnya di Kelantan. Bahagian B pula menghuraikan tentang pengalaman strategi pengurusan rumah burung walet yang telah berjaya. Huraiannya lebih kepada satu penelitian dan kesimpulan terhadap kerja lapangan yang telah dilakukan terhadap usahawan yang berjaya. Turut dijelaskan di dalam Bahagian B ialah aspek pengurusan rumah burung walet merangkumi cara-cara menangani musuh dan ancaman serta teknik tuaian yang betul. Kedua-dua bahagian ini saling melengkapi antara elemen kemantapan jiwa usahawan dan persekitaran yang diseimbangkan dengan peranan ilmu pengetahuan. Oleh itu, kehadiran kedua-dua elemen ini dianggap penting untuk dicerna di dalam jiwa pembaca dan pemain industri Sarang Burung Walet.