KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

RINDU PALA MUDA: SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Siti Zainon Ismail

RM 22.00
Buy Now

Judul: Rindu Pala Muda: Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang: Siti Zainon Ismail
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Novel
Mukasurat: 224 Halaman
Cetakan Pertama: 2005
ISBN: 9836284311

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.