KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SI PENENUN CINTA.jpeg

SI PENENUN CINTA | Husna Nazri

RM 15.00 RM 23.00
Buy Now

Judul : Si Penenun Cinta
Pengarang : Husna Nazri
Penerbit : Tintarona Publications
Genre : Novel
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789833514663

"Dahulu bonda memberi tamsil bahawa darjat manusia seperti benang. Ada yang dicelup dengan warna keemasan, warna perak dan warna biasa. Ia lambang martabat seseorang manusia. Namun semua benang bermula daripada kapas tulen dan asli. Kata bonda - hidup manusia walau tinggi mana darjat, pangkat dan kuasa akhirnya akan kembali kepada Tuhan dengan balutan kain putih mulus. Seperti benang songket itu juga. Kenikmatan dunia umpama celupan semata-mata."

Raja Intan Syafinaz sedar dalam tubuhnya mengalir darah dari dua daerah - Birmingham dan Kuala Terengganu. Darah penenun yang diwarisi moyangnya, Puteri Tengku Najah Zahirah. Kisah syahdu yang merentas gelombang lautan. Cerita si penenun cinta.