KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

SETITIS EMBUN SEMARAK API | Shahnon Ahmad

RM 20.00
Buy Now

Judul : Setitis Embun Semarak Api
Pengarang : Shahnon Ahmad
Penerbit : Alaf 21
Genre : Biografi
Mukasurat : 508 Halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9831242734

SETITIS EMBUN SEMARAK API mengisahkan susur galur kehidupan seorang sasterawan negara yang namanya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penanya tidak akan berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Kisah kehidupan yang sering dipaparkan dalam karya-karyanya, semata-mata untuk mengangkat martabat sastera tinggi di mata masyarakat.

SETITIS EMBUN SEMARAK API diusahakan ketika beliau ber'uzlah'iaitu menyisihkan diri daripada keriuhan manusia supaya mudah untuknya bermesra dengan alam kerana melaluinya, beliau dapat mempelajari dan menghayati fil-fil manusia. Suka duka, pahit manis dan tentangan yang dihadapi sepanjang menghasilkan karya-karya turut diceritakan untuk renungan para pembaca.

Autobiografi ini bukan hanya berkisar tentang diri seorang sasterawan saja, tetapi juga mewakili diri seorang guru, pendakwah, pengembara, seorang lelaki yang pernah jatuh cinta, penganggur, pelajar, penulis rencana, pengkritik, budayawan, malah seseorang yang cuba mendekatkan diri dengan parti politik berparti.