KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SEKETUL HATI SEORANG PEMIMPIN – SHAHNON AHMAD (SASTERAWAN NEGARA).jpg

SEKETUL HATI SEORANG PEMIMPIN | Shahnon Ahmad

RM 30.00
Buy Now

Judul : Seketul Hati Seorang Pemimpin
Pengarang : Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 351 Halaman
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789834922207

Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharukan dan menggelisahkan jiwa serta elemen-elemen yang berkembang sebelumnya. Hal ini boleh saja terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan-kenangan zaman silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya. Di samping itu, bagi Shahnon, sejarah ialah guru yang baik hati. "Kita banyak belajar daripadanya. Kita memarahinya, tetapi kita juga menyayanginya. Dengan sejarah, kita menangis dan insaf ... juga memperjelas siapa yang benar-benar berkuasa di alam raya ini ...."

KANDUNGAN:

Sebuah Pengantar Menyorot Diri

  1. Ungkapan
  2. Seketul Hati Seorang Pemimpin
  3. Tonil Purbawara
  4. Hood Pindah Dunia
  5. Ada
  6. Kalbu
  7. Tak Keruan
  8. Kalau Ibu Sampai Takah Tiga
  9. Mayat dan Keluarga
  10. Riak
  11. Kelapa Nan Sebatang
  12. Pak Utih
  13. Kemelut
  14. Dongeng Merdeka
  15. Gunung