KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

SALASILAH : KUMPULAN PUISI | Zurinah Hassan

RM 12.00
Buy Now

Judul : Salasilah : Kumpulan Puisi
Pengarang : Zurinah Hassan
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Puisi
Mukasurat : 191 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9789836289957

Puisi-puisi dalam kumpulan ini berupa catatan rasa dan pancaran minda seorang penyair wanita tersohor tanah air, Zurinah Hassan yang berasa terharu terhadap segala peristiwa yang menimpa bangsa Melayu dari zaman dahulu sehingga sekarang. Bersumberkan teks Sejarah Melayu, pelbagai cerita rakyat, cerita jenaka, kisah legenda, hikayat, buku sejarah, akhbar dan majalah, Zurinah cuba mengutip mutiara makna daripada keindahan bahasa para pujangga Melayu, lalu dicernakan ke dalam puisi-puisi baharu beliau yang cukup mengusik perasaan. Puisi-puisinya kali ini lebih terfokus dengan tema khusus, iaitu tentang perjuangan dan pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu, yang telah diberi pentafsiran baharu sesuai dengan perkembangan dunia moden. Bagi Zurinah, sejarah bukan sekadar kenangan, tetapi ia boleh menjadi iktibar dan teladan. Ini sesuai dengan kata-kata Dr. Abdul Rahman Napiah, iaitu "Menyusur masa lalu untuk menyisir makna baharu."