KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SAGA.jpeg

SAGA | Abdul Talib Mohd. Hassan

RM 19.00
Buy Now

Judul : Saga
Pengarang : Abdul Talib Mohd. Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 388 Halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789676101001

SAGA merupakan jelmaan daripada manuskrip novel yang memenangi hadiah pertama mengatasi 35 manuskrip yang menyertai Sayembara Novel Gapena 1976.

SAGA telah menunjukkan kemampuan pengarangnya membawa pembaharuan dalam penulisan novel di Malaysia. Persolan yang digarap oleh pengarangnya iaitu perjuangan, pengorbanan, cinta dan pembangunan masyarakat desa telah dicernakan dalam bentuk persoalan sastera yang cukup menarik. Sehingga kini, SAGA boleh dianggap sebagai salah sebuah novel yang terbaik dan paling laris yang pernah diterbitkan.

SAGA mengisahkan tiga watak utama iaitu Rahmat, Hisyam dan Munirah. Mereka meninggalkan kemewahan hidup di kota dan pulang ke desa terpencil untuk mencurahkan bakti membangun masyarakatnya yang masih jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Perjuangan mereka tidaklah semudah yang dijangka. Mereka turut terjebak dalam pelbagai kancak konflik seperti hasad dengki, khianat dan cabaran-cabaran lain terutamanya oleh sebahagian daripada masyarakat desa yang mencurigai kejujuran dan kemurnian cita-cita mereka.