KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
RUMAH KECIL MAMA.jpg

RUMAH KECIL MAMA | Badrol Awang

RM 25.00
Buy Now

Judul : Rumah Kecil Mama
Pengarang : Badrol Awang
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 103 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789676127419

Menghimpunkan sembilan buah karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya tersebut merupakan hasil ciptaan pengarang generasi baharu dan lama.

     Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan kepekaan yang tinggi pengarang untuk menguja daya penaakulan yang mendalam kalangan remaja terhadap pelbagai isu sosiobudaya. Terdapat juga cerpen yang mengujarkan isu-isu besar dalam bidang politik dan ekonomi. Subjek yang diungkapkan sesuai dengan tahap pemikiran remaja yang semakin tinggi dari segi daya taakulannya. Isu yang diangkat tidak lagi klise seputar kehidupan remaja tetapi memerlukan daya renungan yang lebih analitikal dengan pelbagai jurus pandang bagi menangani sesuatu permasalahan yang tercetus dalam ruang bersifat makro, selari dengan tahap pemikiran dan lingkungan kehidupan remaja moden.

     "Rumah Kecil Mama" yang menjuduli antologi ini mengungkapkan penyataan dalaman seorang ibu. Melalui surat, penyataan dalaman dan pendirian seorang ibu diungkapkan, lalu menjentik kesedaran dan keinsafan seorang anak supaya sentiasa peka dan bersangka baik terhadap ibu sendiri.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Penilai Kategori Cerpen Remaja & Novel Remaja

CERPEN

  1. Antara Dua Rumah di Lereng Bukit - Mawar Safei
  2. Debu-debu Mimpi Chao Phraya - Mohd. Hashim Osman
  3. Di Bawah Pohon Kekabu pada Suatu Senja - Noraini Osman
  4. Enta Liberal - A. Muziru Idham
  5. Ibu Pertiwi - Azman Hussin
  6. Maraton Kampung - Rebecca Ilham
  7. Pelita Jiwa Ayah - Husna Nazri
  8. Rumah Kecil Mama - Haswida Abu Bakar
  9. Suara - Tiras R