KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PULAU RENIK UNGU.jpg

PULAU RENIK UNGU | Siti Zainon Ismail

RM 25.00
Buy Now

Judul : Pulau Renik Ungu
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sastera
Mukasurat : 199 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789836244352

Memang dunianya adalah 'kembara' sejak kecil. Pada usia sembilan tahun lagi Siti Zainon telah menampakkan keberanian dan keyakinan diri apabila dia bersendirian menaiki kereta api semata untuk mengunjungi ibunya di Kota Bharu. Begitu dia terkesan ketika menyeberangi Banyuwangi untuk ke Pulau Dewata. Seterusnya dia berlegar dari pulau ke pulau. Pengalaman belayar di Laut Baltik menyebabkan dia kembali belayar untuk menyeberang Laut China Selatan pula. Melalui pengalaman belayar ini, dia merakamkan pelbagai khazanah sejarah; melalui tutur ibu, cebisan-cebisan catatan daripada fail ayah dia cuba membongkar rahsia kehidupan sahabatnya.

     Daripada pengalaman, pemerhatian dan pergaulannya, maka lahirlah novel Pulau Renik Ungu ini. Dia nyata tidak pernah lupa apa yang telah dipelajari daripada Har Suyin, Garing Young, A. Samad Said dan Arena Wati; membuat dia terus berani melayari kembaranya ... kerana baginya ... semua berkumpul dan bersatu menjadi ilmu!