KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PEWARIS SAMUDERA.jpg

PEWARIS SAMUDERA | Husna Nazri

RM 25.00
Buy Now

Judul : Pewaris Samudera
Pengarang : Husna Nazri
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 212 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789676127228

“Pewaris Samudera” mengisahkan tentang idealisme Syarifah Humaira yang bertekad membuktikan wujudnya ketamadunan Melayu di bumi Eropah melalui kajian yang dilakukan. Dalam waktu yang sama, watak ini juga menyelongkar bukti bahawa Enrique @ Awang Lekiu pernah menjadi pelayar ulung Melayu pada abad ke-16 yang tiba di Sepanyol dari Melaka, serta mempunyai zuriat sehingga ke hari ini. Usaha untuk mengembalikan kegemilangan ini dilakukan oleh Sharifah Humaira melalui kajian Sarjana di Universiti Nasional Madrid di Sepanyol.

Protagonis menghadapi pelbagai tentangan tatkala melakukan kajian ini termasuk ugutan bunuh disebabkan oleh Islamofobia. Walau bagaimanapun, berkat ketekunannya, watak berjaya membuktikan kebenaran hipotesis kajiannya. merupakan sebuah wacana pascakolonial. Tanggapan Islamofobia menyebabkan umat Islam dipandang sebagai pengganas. Dengan itu, “Pewaris Samudera” dikemukakan sebagai wadah untuk membawa ciri-ciri wacana balas kepada pandangan negatif terhadap Islam. Syarifah Humaira dituduh sebagai pengganas dan ada pihak yang cuba membunuhnya.

Manuskrip ini menawarkan nilai murni yang harus dimiliki oleh seorang pengkaji. Nilai kognitif yang dimiliki oleh watak membuktikan kebolehan individu menemukan bukti baharu. Kemasukan nilai akhlak menjadi pelengkap kepada nilai kognitif. Nilai-nilai murni ini membantu memperlengkapkan diri remaja dalam mengharungi dunia pendidikan. Justeru, nilai murni adalah penting bagi seorang remaja, di samping nilai kognitif yang tinggi dalam memacu kecemerlangan dan memperkasakan keutuhan manusiawi untuk mengatasi masalah kehidupan.


KANDUNGAN:

  1. Dedikasi
  2. Prolog
  3. Bab 1
  4. Bab 2
  5. Bab 3
  6. Bab 4
  7. Bab 5
  8. Bab 6
  9. Bab 7
  10. Bab 8
  11. Bab 9
  12. Bab 10
  13. Bab 11
  14. Bab 12
  15. Bab 13
  16. Bab 14
  17. Bab 15
  18. Bab 16
  19. Bab 17
  20. Bab 18
  21. Bab 19