KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PENGENALAN KONSEP DAN GAGASAN KARYA AGUNG YAYASAN KARYAWAN.jpg

PENGENALAN KONSEP DAN GAGASAN KARYA AGUNG YAYASAN KARYAWAN | Hassan Ahmad

RM 15.00
Buy Now

Judul : Pengenalan Konsep Dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan
Pengarang : Hassan Ahmad
Penerbit : Yayasan Karyawan
Genre : Kesusasteraan Melayu & Sejarah
Mukasurat : 63 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9839510053

Memperkenalkan secara ringkas, ciri-ciri Karya Agung kesusasteraan Melayu tradisional yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan.

Pembaca diajak melihat setiap karya itu dalam konteks tradisi penulisan dan penghasilan kesusasteraan Melayu seluruhnya sebagai suatu warisan tamadun yang bersambungan, yang turun-temurun, sebagai "warisan bersama".

Ciri "warisan bersama" ini, misalnya ciri gaya bahasa dan teknik penceritaan, sering dijadikan acuan oleh pengarang Melayu dahulu kala, tanpa menyekat daya cipta pengarang-pengarang baru atau penyalin naskhah asal untuk melakukan pembaharuan dalam bidang penulisan, bahkan acuan yang sedia ada itu memberi petunjuk kepada mereka, untuk mengekalkan unsur yang baik atau untuk mencipta karya yang baru.Tidak ada dua karya tradisional itu yang cukup serupa dari segi penggunaan atau pengarangnya.


KANDUNGAN:

Prakata Ketua Editor

Sekilas tentan Yayasan Karyawan

  1. Mukadimah
  2. Apakah yang Dimaksudkan dengan Karya Agung?
  3. Karya Agung Melayu atau Karya Agung Dunia Melayu?
  4. Karya Agung Melayu
  5. Ciri-ciri Karya Agung Melayu
  6. Kesimpulan

Rujukan Pilihan

Indeks