KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PENDOSA YANG IKHLAS.jpg

PENDOA YANG IKHLAS : SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Azizi Hj. Abdullah

RM 32.00
Buy Now

Judul : Pendoa Yang Ikhlas : Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang : Azizi Hj. Abdullah
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 312 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9836284303

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena percerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.


KANDUNGAN:

Kata Iringan

  1. Sami Mekong
  2. Latifah Rabbaniah
  3. Bapa
  4. Wau Kepala Burung
  5. Kipas Angin
  6. Rokok Daun Celepa Tembakau
  7. Tersungkap
  8. Keng, Cucu, dan Tuk
  9. Cengal Batu
  10. Tulang Pekasam Ikan Puyu
  11. Seladang
  12. Paku Payung dan Limau Mandarin
  13. Sengat Sembilang
  14. Wi
  15. Doa Seorang Bapa
  16. Mencari Diri
  17. Pendoa yang Ikhlas
  18. Mohd. Dhuha
  19. Ranggi Anak Cucu
  20. Sakinah

Biodata Pengarang