KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PEKAN BEREMBANG.jpeg

PEKAN BEREMBANG | Salina Ibrahim

RM 20.00 RM 28.00
Buy Now

Judul : Pekan Berembang
Pengarang : Salina Ibrahim
Penerbit : Tintarona Publications
Genre : Novel
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789833514670

AFIQ lepasan universiti mempunyai tanggapan tertentu terhadap Pekan Berembang, desa kelahirannya sendiri. Baginya, Pekan Berembang sekadar tempat balik kampung, tetapi bukan destinasi sesuai untuk membina keluarga, mencari rezeki, apatah lagi masa depan.

     Khabarnya, Che As membuka kelas agama di kediamannya. Kelasnya mendapat sambutan kalangan wanita termasuk orang Pekan Berembang. Banyak cakap belakang mengenai Che As (konon mengajar ajaran sesat) mendorong rasa ingin tahu Afiq. Didorong oleh teman-teman lamanya, Tan, Mamat dan Awi Johari, mereka berpakat untuk mengintip.

     Pengaruh Che As dibimbangi oleh Datuk Abi, wakil rakyat Kampung Berembang apabila isterinya Datin Musleha dikatakan salah seorang yang terpengaruh dengan Che As. Datuk Abi meminta bantuan Haji Walid bagi mengekang keadaan.

     Haji Walid berlapang dada dengan permintaan Datuk Abi. Dia membuka semula kelas agama di masjid Pekan Berembang. Lanjutan itu, Datuk Abi juga merancang program karnival masjid bagi menyatukan penduduk.

     Afiq salah seorang anak muda yang diajak menyertai karnival itu. Dia berpeluang menunjukkan potensi diri. Ketika karnival hampir berlangsung, peralatan di masjid disabotaj. Berikutan kejadian itu, Afiq dan teman-temannya diarahkan berjaga-jaga. Dalam kejadian kedua, mereka berjaya menangkap orang yang bertanggungjawab dan mengetahui dalang yang merancang semua itu.

     Cuaca panas melanda Pekan Berembang. Ada yang mengaitkan panas itu sebagai bala kerana program masjid yang menggalakkan maksiat. Satu pihak lagi mengaitkan cuaca panas itu bala sejak Che As kembali ke Pekan Berembang membawa ajaran sesat. Selepas cuaca panas, hujan panjang beserta ribut melanda.

     Perbezaan politik memecahkan orang Pekan Berembang. Ego dan prasangka menggoncang tali silaturahim sesama saudara.

     Selaku anak muda yang memerhatikan perkembangan semasa itu dengan penuh minat, apakah iktibar yang Afiq peroleh? Bagaimana minda mudanya dapat merasionalkan semua itu? Dan sebagai penyambung legasi, bagaimana Afiq harus mengambil peranan untuk menyumbangkan sesuatu bagi kemajuan desanya sendiri?

Jawapannya ada dalam Pekan Berembang.