KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ODISI TANAH KENCANA.jpg

ODISI TANAH KENCANA | Sri Rahayu Mohd Yusop

RM 17.00
Buy Now

Judul : Odisi Tanah Kencana
Pengarang : Sri Rahayu Mohd Yusop
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 185 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN :9789676120588

Bukan kuasa Sang Hiyang Batara Jagat Nata, juga bukan Hiyang Ulung. Dewata Mulia Raya juga tidak mampu melegakan resah hati Raden Inu.

Kembara baginda mencari kebenaran tauhid. Bertemankan penakawan Jerude, Punta, Kertala dan Persanta, lautan ganas diharungi. Direlakan diri menjadi Si Capik demi menemukan jejak memintas kapal nakhoda daripada Kerajaan Pasir. Hatta bersabung nyawa dengan makhluk sumpahan belaan si tukang sihir, Mervin.

Ancaman Ezekiel daripada Benua Utara malah hampir mencabut nyawa si pencari kebenaran.

Demi mencari Yang Maha Berkuasa, Raden Inu mempertaruhkan nyawa. Justeru, berlabuhlah cahaya di Tanah Kencana membunuh mantera-mantera pujaan lalu menggantikannya dengan puji-pujian pada Yang Esa.


KANDUNGAN:

  1. Raden Inu
  2. Saroja
  3. Ezekiel yang Taasub
  4. Bumi Kencana
  5. Istana Daha
  6. Warkah Buat Kekasih
  7. Kirana
  8. Pelabuhan Tua
  9. Mervin
  10. Anugerah
  11. Kisah Sang Pengembara
  12. Rancangan Jahat
  13. Penakawan
  14. Guruh
  15. Tetamu Malam
  16. Seteru Paling Dahsyat
  17. Pelarian
  18. Pertemuan Getir
  19. Samudera
  20. Tempur
  21. Perhitungan
  22. Mereka yang Tewas
  23. Begitu Hampirnya Pantai
  24. Kenangan untuk Sahabat
  25. Janji Kala Getir
  26. Kembalinya Seorang Raja
  27. Pengembara yang Pulang