KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
NYANYIAN MUSIM RUSUH.jpg

NYANYIAN MUSIM RUSUH | Husna Nazri

RM 33.00
Buy Now

Judul : Nyanyian Musim Rusuh
Pengarang : Husna Nazri
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 201 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789676127648

Kuala Lumpur tatkala musim rusuh melanda tetap cerita terindah di mata Mei Ling. Sejarah yang memutikkan leluhur cintanya terhadap frasa dan metafora dalam bahasa ibunda. Di situlah dia menyunting keakraban dalam ranum kasih sayang bersama Kamarul Hisham – remaja yang tidak jemu-jemu menyantuninya dengan bilah-bilah pantun, gurindam, bidalan serta pepatah berbahasa Melayu.

     Tanggal rusuh itu – 13 Mei 1969 tidak pernah mati di hatinya. Ia hidup dan mengalir bersama wacana ilmu dalam lembar-lembar rinci kajian ilmiahnya. Sehitam atau sekelam manapun sejarah itu, ia tetap bergenang jernih di lubuk jiwanya. Lalu, kenangan terluka itu turut sama dibawa berkelana jauh ke bumi Guangzhou – tanah Poyang tercinta. Kuala Lumpur ditinggalkannya dengan rangkap-rangkap syahdu dalam nyanyian rindu yang menguntum kalbu seorang perempuan bernama Prof. Mei Ling ...

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang ...


KANDUNGAN:

  1. Bab 1
  2. Bab 2
  3. Bab 3
  4. Bab 4
  5. Bab 5
  6. Bab 6
  7. Bab 7
  8. Bab 8
  9. Bab 9
  10. Bab 10
  11. Bab 11
  12. Bab 12
  13. Bab 13
  14. Bab 14
  15. Bab 15
  16. Bab 16
  17. Bab 17
  18. Bab 18
  19. Bab 19
  20. Bab 20
  21. Bab 21
  22. Bab 22
  23. Bab 23
  24. Bab 24