KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SETANGGI ZAMAN.jpg

NOVEL SEJARAH: SETANGGI ZAMAN | Wan Noor Wan Chik

RM 20.00
Buy Now

Judul : Novel Sejarah: Setanggi Zaman
Pengarang : Wan Noor Wan Chik
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 253 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834910105

Kisah ini berlatarbelakangkan sejarah negeri Perak pada abad ke-19 ini menyaksikan perjuangan orang Melayu menentang British. Kisah ini disampaikan dalam bentuk cerita berbingkai melalui watak utamanya, Bor dengan Mohamed Jabar atau Tuk Jabor, Orang Kaya Kampar. Bor, seorang remaja yang sejak kecil sering mendengar cerita tentang perjuangan Pasir Salak daripada bapanya, Anjang Dollah. Anjang Dollah pernah menentang British bersama-sama dengan Dato' Maharaja Lela dalam sejarah pembunuhan J.W.W. Birch. Bor manjadi pengendara pedati kuda Tuk Jabor. Hubungan mereka bertambah rapat apabila Tuk Jabor mengajak Bor beraya di Pasir Salak. Melalui kisah perjuangan Pasir Salak yang diceritakan oleh Tuk Jabor, akhirnya Bor mengetahui bahawa Tuk Jabor atau Ngah Jabor bin Bardot sebenarnya adalah rakan karib bapanya. Sebagai remaja yang cinta akan tanah airnya, Bor berazam untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah. Bor juga berazam mahu menunaikan amanah bapanya. Berjayakah Bor melaksanakan azam dan amanah yang diberikan kepadanya itu? Ikuti kisah perjuangan yang menarik ini dalam Setanggi Zaman.