KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH.jpg

NOVEL SEJARAH: PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH | Zaharah Nawawi

RM 35.00
Buy Now

Judul : Novel Sejarah: Panglima Salleh Selempang Merah
Pengarang : Zaharah Nawawi
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel Sejarah
Mukasurat : 521Halaman
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789836205520

Nama Panglima Salleh terukir dalam sejarah tanah air kerana kepahlawanan menentang pasukan komunis yang bermaharajalela di kawasan selatan tanah air khususnya di Johor. Peristiwa berdarah yang tragik ini berlaku di sekitar penghujung zaman Perang Dunia Kedua. Nama Panglima Salleh telah menjadi "sinonim" dengan selempang merah kerana di situlah lambang kegagahan dan kepahlawanan beliau.

     Novel sejarah ini membawa kembali kenang-kenangan kegemilangan dan kepahlawanan bangsa Melayu masa lalu. Semangat perjuangan dan tuntutan keilmuan dapat menghapuskan kezaliman dan kemungkaran. Semoga novel ini dapat menimbulkan kembali keutuhan dan ketahanan bangsa Melayu di mata dunia.

"Sebagai wartawan berpena tajam, Zaharah Nawawi telah mencungkil dan mendedahkan kebenaran serta memisahkannya daripada legenda, mitos dan prasangka. Sebagai penulis berbakat dan matang, Zaharah Nawawi menyelami jiwa dan selok-belok psikologi orang Melayu dan mengolah perwatakan serta peristiwa dengan hidup, mengharukan dan mengasyikkan. Dalam keharuan dan keasyikan membaca kisah benar ini, kita dibawa mengenal hati budi dan keperwiraan orang Melayu."

Adibah Amin