KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
NOORDIN HASSAN DALAM ESEI DAN KRITIKAN.jpeg

NOORDIN HASSAN DALAM ESEI DAN KRITIKAN | Halilah Haji Khalid

RM 40.00
Buy Now

Judul : Noordin Hassan Dalam Esei Dan Kritikan
Pengarang :Halilah Haji Khalid
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah dan Kritikan
Mukasurat : 424 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836295125

Dato' Noordin Hassan merupakan Sasterawan Negara yang ketujuh setelah menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1993. Beliau merupakan penulis drama yang penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Pengalaman yang diperolehnya di Barat selama empat tahun mengakibatkan teater awal beliau sejak tahun 1953, iaitu Tak Kunjung Kembali dipengaruhi oleh falsafah dan ciri-ciri kemalaysiaan. Walau bagaimanapun, konsep penulisan dan pementasan teater beliau berubah kepada "Teater Fitrah" apabila beliau menggabungjalinkan ciri-ciri keislaman dalam karya beliau.

     Buku ini memuatkan makalah para sarjana yang membincangkan falsafah dan pemikiran Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan yang terungkap dalam pelbagai karya yang beliau hasilkan, misalnya Jangan Bunuh Rama-rama, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Mana Setangginya, Anak Tanjung, Malam Ini Penyu Menangis, dan lain-lain. Falsafah dan pemikiran Noordin Hassan ini telah ditelusuri dengan berkesan oleh para sarjana menerusi pelbagai pendekatan, iaitu hermeneutika kerohanian, semiotik, semantik, pascamoden, dan sebagainya.

KANDUNGAN:

  1. Pengenalan
  2. Biografi Ringkas Noordin Hassan
  3. Noordin Hassan: Antara yang Tersurat dengan yang Tersirat Zakaria Ariffin
  4. Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1993
  5. Kekalahan dan Pemberontakan dalam Tiang Seri Berlima dan Anak Tanjung Koh Young-Hun
  6. Sirih Bertepuk Pinang Menari, Menyedarkan Masyarakat yang Terkena Solehah Ishak
  7. Jangan Bunuh Rama-Rama pada Malam Anugerah Sastera Negara Fatimah Ali
  8. Pemikiran al-Faruqi dan Nasr dalam Drama Jangan Bunuh Rama-Rama Karya Fatimah Ali
  9. Nilai Nasionalisme dalam Anak Tanjung dan Sirih Bertepuk Pinang Menari: Satu Perbandingan Ku Seman Ku Hussain
  10. Melihat Nilai Melayu melalui "Dunia Mungkin" Noordin Hassan A. Rahim Abdullah
  11. Noordin Hassan, Anak Tanjung dari Hujung Kota ... Awang Had Salleh
  12. Tiga Buah Drama Awal Noordin Hassan Solehah Ishak
  13. Drama Jangan Bunuh Rama-Rama Karya Dato' Noordin Hassan: Satu Bacaan Hermeneutika Kerohanian Fatimah Ali
  14. Tanggapan dan Reaksi Noordin Hassan terhadap Milieu Masyarakatnya dalam Lima Buah Drama Solehah Ishak
  15. Malam Ini Penyu Menangis Karya Noordin Hassan: Analisis Semiotik Mana Sikana
  16. Noordin Hassan: Perjalanan Sebuah Keunggulan Mana Sikana
  17. Analisis Teks Bukan Lalang Ditiup Angin dengan Prinsip "Kehadiran" Teori Teksdealisme Junaidah Salleh
  18. Wawancara dengan Noordin Hassan (1) Solehah Ishak
  19. Wawancara dengan Noordin Hassan (2) Solehah Ishak
  20. Lampiran 1: Senarai Karya Tokoh
  21. Lampiran 2: Senarai Tulisan tentang Karya dan Tokoh
  22. Biodata Penyumbang
  23. Indeks