KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Screen Shot 2020-04-16 at 11.31.16 PM.png

Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu oleh Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub

RM 35.00
Buy Now

Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub, 2019 ISBN 978-967-2210-48-1, 144 hlm., RM35.00 Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sastera Melayu pula menjadi warisan dan teras negara bangsa sejak zaman-berzaman. Kita sememangnya perlu berbangga dengan karya agung terdahulu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain. Inti pati karya sastera tempatan sarat dengan elemen nilai yang menjadi lambang jati diri Melayu. Justeru, usaha memartabatkan bahasa Melayu dan sastera tempatan seharusnya dimainkan oleh semua pihak. Bahasa Melayu pernah diiktiraf sebagai lingua franca suatu ketika dahulu dan dituturkan secara meluas. Malah, bahasa Melayu terbukti sebagai bahasa ilmu dan sumber penyatuan bangsa Malaysia. Sastera Melayu pula sangat kaya dengan elemen tempatan yang menjadikannya sangat unik di mata dunia. Dalam perkembangan era digital yang semakin kompleks, usaha memartabatkan bahasa dan sastera Melayu perlu digiatkan. Para penulis dan penerbit seharusnya terus bergerak seiring dengan perkembangan zaman. Landskap baharu perkembangan digital seharusnya membawa bahasa dan sastera Melayu ke mercu yang lebih baik. Peranan bahasa dan sastera Melayu tidak boleh dinafikan walaupun kita berada dalam zaman sains dan teknologi. Bahasa dan sastera Melayu seharusnya menjadi ikonik dalam menghadapi globalisasi yang semakin rencam.