KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
MANA_SETANGGINYA.jpg

MANA SETANGGINYA?

RM 7.00
Buy Now

SASTERAWAN NEGARA

NOORDIN HASSAN

Mana Setangginya? Merupakan salah satu judul daripada empat buah drama yang termuat dalam kumpulan drama pilihan Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan. Tiga buah drama yang lain ialah Di sentuh Bulan Pun, Selendang Umi dan Malam Ini Penyu Menangis. Keempat-empat drama ini membawa tema yang pelbagai yang menyentuh manusia sejagat dalam hubungannya dengan Tuhan, hubungannya sesama manusia dan ketabahan manusia menghadapi ujian daripada Tuhan. Noordin Hassan berdakwah secara halus, mengulas dan melontar kritikan sosial untuk kita sama-sama merenungi, memikirkan tentang kewujudan diri dan tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa dan negara.