KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
LILI PUTIH SREBRENICA.jpg

LILI PUTIH SREBRENICA | Nor Azida Ishak

RM 38.50
Buy Now

Judul : Lili Putih Srebrenica
Pengarang : Nor Azida Ishak
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia / Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 238 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789676127624

11 Julai 1995, sebaik sahaja Srebrenica jatuh ke tangan tentera Serb Bosnia, sekitar 15,000 lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki berusaha menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke wilayah Tuzla. Perjalanan merbahaya ke Tuzla ini dipanggil sebagai “Jalan Hidup atau Mati”. Namun, hanya kira-kira 4,700 pelarian sahaja yang berjaya sampai ke Tuzla antara bulan Ogos sehingga November 1995. Jadi, di manakah baki para pelarian ini? Bukankah Jeneral Ratko Mladic, ketua kepada tentera Serb Bosnia telah berjanji kepada seluruh pihak dunia bahawa dia sendiri yang akan memastikan keselamatan kesemua pelarian-pelarian ini? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada pelarian-pelarian Islam Bosnia yang tidak sampai ke Tuzla?

     Di bawah bidang kuasa PBB dan ICTY, sekumpulan pakar forensik telah diamanahkan untuk menyiasat misteri ini. Darul Shariman, seorang anak muda dari Malaysia, akan merantau jauh meneruskan perjuangan, demi mencari semula penduduk hilang di Srebrenica.


KANDUNGAN:

  1. Bab 1 - Darul Shariman
  2. Bab 2 - Cilik dan Bijak
  3. Bab 3 - Misteri Sejuta Tulang
  4. Bab 4 - Daniel Abdullah
  5. Bab 5 - Kisah dari Tulang
  6. Bab 6 - Ketibaan di Croatia
  7. Bab 7 - Camp Pleso
  8. Bab 8 - Sedikit-Sedikit, Lama-Lama Menjadi Bukit
  9. Bab 9 - Makan Malam di Hotel Tuzla
  10. Bab 10 - Membongkar Jenayah Perang
  11. Bab 11 - Perbualan Lewat Malam di Tuzla
  12. Bab 12 - Memori
  13. Bab 13 - Perkenalan
  14. Bab 14 - Pengalaman Omer Hukanovic
  15. Bab 15 - Jatuhnya Srebrenica
  16. Bab 16 - Pelarian
  17. Bab 17 - Kisah Ibrahim Huljic
  18. Bab 18 - Kisah Ahmed Huljic
  19. Bab 19 - Menuju Vlasenica
  20. Bab 20 - Penantian
  21. Bab 21 - Hari Pertama di Cerska
  22. Bab 22 - Penemuan
  23. Bab 23 - Rampasan
  24. Bab 24 - Memori Kuala Lumpur
  25. Bab 25 - Surat untuk Ayah
  26. Bab 26 - Kejutan Paling Indah
  27. Bab 27 - Tewas
  28. Bab 28 - Pusat Memorial Srebrenica-Potocari