KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
LANGIT TIDAK BERBINTANG DI ULU SLIM.jpg

LANGIT TIDAK BERBINTANG DI ULU SLIM | Malim Ghozali PK

RM 25.00
Buy Now

Judul : Langit Tidak Berbintang Di Ulu Slim
Pengarang : Malim Ghozali PK
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 256 Halaman
Cetakan Pertama : 2014
ISBN : 9789834616977

Buku ini menghimpunkan 20 buah cerpen pilihan Malim Ghozali PK yang sarat dengan persoalan yang mengangkat isu-isu penting dalam menanggapi kehidupan masyarakat yang berada dalam pelbagai konflik pertembungan tradisi dan moden hari ini. Kesemua cerpen membawa nilai-nilai pemikiran yang positif, bervariasi, dan berlatar belakang budaya yang sangat kuat.

     Watak dan latar yang dibina dalam kesemua cerpen memberikan keperibadiannya yang tersendiri sehingga menjadikan karya ini unik dan tekal. Paling penting, karya ini membentuk kekuatannya dengan memberikan warna tempatan yang cukup kental sehingga menjadikannya bahan etnografi dan pemikiran tempatan yang unik dan khusus.


KANDUNGAN:

Kata Pengantar

Daripada Pengarang

  1. Bulan Nampak Samar di Langit Malam
  2. DO Dol
  3. Di Kantor Suryadi
  4. Doa Akhir Tahun
  5. Dongeng Seberang Sungai
  6. Gulai Tempoyak Ikan Sebarau
  7. Jangan Menangis, Ana
  8. Juwita Malam
  9. Kalau Sampai Rinduku
  10. Kalimah
  11. Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim
  12. Moh Kita Mangkah, Weh!
  13. Mooo!
  14. Nak Jadi Pelakon Hollywood
  15. Oh, Di Mana Radenku?
  16. Pelabuhan
  17. Semerah Senja
  18. Sepanjang Lorong Mimpiku
  19. Talak Timah Tiga
  20. Tukang Sepatu dan Sahabat dari Bukit

Biodata Penulis

Glosari