KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

KUMPULAN PUISI TERPILIH BAHA ZAIN | Baha Zain

RM 150.00
Buy Now

Judul : Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain
Pengarang : Baha Zain
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre : Puisi
Mukasurat : 214 Halaman
Cetakan Pertama : 2013
ISBN : 9789674302603

Buku ini menghimpunkan 150 puisi pilihan daripada ratusan karya Baha Zain sejak mula menulis pada 1958. Menolak kesenangan, resah dan khayalan, Baha Zain sebaliknya memilih hidup berpaksikan idealisme: cinta, revolusi, sepi dan 'kecuali yang pasti'. Menyusuri bait puisi di dalam buku ini ibarat mendinginkan api yang sedang marak, menyiram bunga yang sedang kembang, menyubur kasih yang sedang mekar, juga merawat hati yang duka apabila berhadapan retorik yang melukakan. Ia umpama segalanya: bercerita dan menceritakan; mengimbas kenangan dan menata kejujuran teguran serta sindiran sambil berlagu menyanyikan kata dan hati nurani - tersurat mahupun tersirat.

Zinitulniza Abdul Kadir (Editor)

Penerbitan ini turut disertakan cakera padat rakaman 14 puisi yang dideklamasikan Baha Zain secara eksklusif di studio dan diiringi muzik yang diilhamkan khusus sekumpulan anak muda berbakat. Terbitan edisi terhad ini disediakan untuk 100 pembeli terawal sahaja yang akan menerima buku bernombor siri, tandatangan dan cop mohor penulis.