KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
KEMBALI SEBUTIR MUTIARA.jpg

KEMBALI SEBUTIR MUTIARA | Noraini Osman

RM 25.00
Buy Now

Judul : Kembali Sebutir Mutiara
Pengarang : Noraini Osman
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 391 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836296511

SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi sayembara ini, DBP menggalakkan golongan penulis tanah air memfokuskan pemikiran mereka tentang evolusi masyarakat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Melalui sayembara ini juga, karya para pemenang dapat dijadikan bahan bacaan dan kajian tentang masyarakat negara Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Antara cinta yang tidak kesampaian dengan cita-cita yang terbengkalai, yang mana satukah yang meremukredamkan hati seorang insan?"

Hidup Hassan ibarat langit malam, ada waktunya gelap-gelita, dan ada kalanya, bersinar indah dengan kerlipan bintang-bintang. Namun, apalah ertinya jika gadis bermata biru dan berambut perang itu tidak mampu dimiliki. Dan, dia benar-benar ibarat ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.

     Dalam kekeliruan itu, sisa semangatnya tetap ada. Dia kembali bangkit setelah pulang ke tanah air. Apakah yang terjadi kepada Hassan seterusnya? Akan tercapaikah hasrat murninya itu? Atau dia rela terus membiarkan dirinya menjadi seperti pohon tua yang reput dan hanya menanti masa untuk rebah ke bumi?