KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
KALAU KITA MENJADI KAYU.jpg

KALAU KITA MENJADI KAYU | Nor Azah Abd Aziz & Rozlan Mohamed Noor

RM 18.00
Buy Now

Judul : Kalau Kita Menjadi Kayu
Pengarang : Nor Azah Abd Aziz
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 254 Halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676118982

Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, iaitu: 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah kajian, dan 2 buah rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang kawakan tanah air, di samping penulis generasi baharu.

Karya-karya multigenre itu menyerlahkan kematangan pemikiran dan kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan setempat juga antarabangsa, sekali gus menghantar mesej tentang peri pentingnya menjunjung moraliti dan ilmu dalam membentuk jati diri insan. Dengan muatan sejarah, psikologi, politik, agama, ekonomi, dan falsafah, karya-karya tersebut dihantar dengan cara berseni, mencuit hati dan menguja daya taakulan.

"Kalau Kita Menjadi Kayu", puisi yang diangkat menjuduli antologi ini mengirim peringatan tentang permainan puak oportunis yang licik, yang selalu menundukkan puak yang memiliki kuasa sehingga kuasa itu menjadi takluknya pula.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Pasir di Bawah Belati - S.M. Zakir
  2. Hikayat Naga Gunung Cimayu - Ghazali Lateh
  3. Cerita-cerita Akhir - Ummu Hani Abu Hassan
  4. Memaknakan Cinta - Salina Ibrahim
  5. Retorik - Ramli Abdul Halim
  6. Alkisah Ular ... Ular & Ular - Zainal Rashid Ahmad
  7. Psiko - Nazel Hashim Mohamad
  8. Orang Berjasa - Mohd. Affandi Hassan
  9. Kidung Akarmu - Tiras R
  10. Osmosis - Amaruszati Noor Rahim

PUISI

  1. Kalau Kita Menjadi Kayu - Abdul Rahim Idris
  2. Al-Andalus Menangis - Fahd Razy
  3. Puisi buat Umaira di Narathiwat - Wadi Leta S. A.
  4. Jika Ingin Mencari - Nazim Mohd. Subari
  5. Sahabatku: Si Nadim Tak Bernama - Zainal Rashid Ahmad
  6. Di Gerai Masa - Nazim Mohd. Subari
  7. Senja Terakhir di Multazam - Nora
  8. Akar - Hilmi Rindu
  9. Nafiri - Ahmad Kamal Abdullah
  10. Catatan Kecil buat Jiran yang Berpindah Jauh - Hilmi Rindu

KAJIAN & RENCANA SASTERA

  1. Rubiah dan Estetika Sastera Melayu - Sukri Mohamad Ali
  2. Tunggu Teduh Dulu: Citra Dakwah Islamiah Kontemporari - Nisah Haron
  3. Bina Bangsa Melalui Sastera - Noriah Taslim
  4. Sasterawan-Tentera---Posisi Baru Perjuangan Penulis Islam - Faisal Tehrani