KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
KABUS DI PERBUKITAN.jpg

KABUS DI PERBUKITAN | Mohamad Kholid Hamzah

RM 20.00
Buy Now

Judul : Kabus Di Perbukitan
Pengarang : Mohamad Kholid Hamzah
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 255 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836296436

SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi sayembara ini, DBP menggalakkan golongan penulis tanah air memfokuskan pemikiran mereka tentang evolusi masyarakat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Melalui sayembara ini juga, karya para pemenang dapat dijadikan bahan bacaan dan kajian tentang masyarakat negara Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan.

Pertemuan dan perpisahan memanglah takdir, namun hati yang terluka kadang-kadang sukar menerima. Kehilangan membawa resah berpanjangan, membawa diri mencari kedamaian hati dan cinta. Merentas dekad dan negara, cinta terpaut di bumi kiwi. Di situ kasih bercambah, di situ rindu melimpah. Hujan emas di negeri orang, namun tanah tumpah darah dan air mata menggamit jua. Faridah akur dengan runtunan jiwa, kembali menjejak bumi yang suku abad ditinggalkan, menautkan kasih antara dua negara. Dia berjanji pada tanah ini - susur galur - akar tunjang keturunan akan teguh. Dia pulang membina jati diri di tanah air sendiri. Dia bukan enggang, dia hanyalah bangau yang akhirnya pulang ke belakang kerbau.