KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
JERIJI KASIH.jpg

JERIJI KASIH | Ramlah Abd. Rashid

RM 20.00
Buy Now

Judul : Jeriji Kasih
Pengarang : Ramlah Abd. Rashid
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 310 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836296771

SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP bertujuan menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan berdaya saing, liberal, progresif, aman damai dan dipandang tinggi oleh negara luar dari dahulu, sekarang dan pada masa hadapan.

Kedamaian hidup Anuariza, remaja desa yang cacat, tetapi berhati waja itu, terusik oleh kedatangan keluarga Syed Mustafa, dari bandar. Tiba-tiba Anuariza mendapati dirinya menjadi tiang tempat bergantung keluarga ini yang kehausan kasih sayang. Keadaan ini dapat ditanganinya kecuali ragam anak gadis Syed Mustafa yang cuba mengunjurkan dimensi baharu dalam hidup Anuariza. Bersediakah Anuariza merealisasikan impian gadis itu?

Gaya penceritaanya menarik dengan bahasa yang lancar, ringkas, padat dan dialog bersesuaian dengan cara remaja bertutur.

~ Panel Hakim