KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
IMBASAN.JPG

IMBASAN | Hassan Ahmad

RM 30.00
Buy Now

Judul: Imbasan
Pengarang: Hassan Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Sejarah
Mukasurat: 512 Halaman
Cetakan Pertama: 2000
ISBN: 9836268421

Imbasan Hassan Ahmad memaparkan sejumlah 77 makalah hasil nukilan beliau yang mencakup persoalan dasar bahasa dan budaya, moral, masalah dunia Islam, manusia dan pembangunan, teori ilmu dan amalannya, politik dan ideologi, kenangan orang Melayu, krisis pascamodenisme di Barat, warisan Christopher Columbus, cabaran globalisasi terhadap negara bangsa, budaya pengurusan, dan 'makhluk baru' abad ke-21. Melalui makalah-makalah ini, pembaca diajak mengimbasi kisah manusia sejak dahulu kala hingga hari ini, mengimbau kepintaran, kejahilan, kebaikan dan kejahatan manusia. Manusia tidak berubah. Sejarah mereka berulang-ulang. Penulisnya, Hassan Ahmad, mengimbas kisah ini secara berterus terang dengan pandangan yang kritis, penuh kiasan, sindiran, teguran dan renungan.

     Makalah yang termuat dalam buku ini dipilih daripada tulisan beliau yang tersiar dalam majalah terbitan DBP iaitu, Dewan Masyarakat sejak tahun 1989 dan Dewan Budaya sejak tahun 1996.