KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Hikayat Raja Muda.jpeg

HIKAYAT RAJA MUDA

RM 13.00
Buy Now

Judul : Hikayat Raja Muda
Pengarang : Pawang Ana & Raja Haji Yahya
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Kesusasteraan Melayu
Mukasurat : 142 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834903749

Hikayat Raja Muda adalah sebuah romance Melayu. Apa yang ternukil di dalam hikayat ini hanyalah dongeng semata-mata, dan tidak didapati unsur sejarah sedikit pun. Ada segolongan hikayat Melayu yang isinya biasanya terbagi dua, iaitu bahagian yang merupakan dongeng, myth atau legend, dan bahagian yang menceritakan apa yang terjadi dalam sejarah. Bahagian pertama itu memberikan konotasi kepada apa yang terjadi berabad-abad sebelum zaman pengarang, sedangkan bahagian yang kedua itu berlaku dalam zaman pengarang itu sendiri. Sebagai contoh untuk hikayat yang semacam ini, dapat kita sebutkan Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-raja Pasai.

     Hikayat Raja Muda tidak termasuk dalam golongan ini. Isinya seratus peratus dongeng, dan tujuan cerita ini tidak untuk mencatat sejarah, tetapi untuk menghibut. Hikayat ini tidak pula dapat digolongkan sebagai myth atau legend, kerana myth itu selalu mempunyai sangkut-paut dengan kepercayaan - belief sustem, sedangkan legend adalah cerita yang setengah berdasarkan sejarah dan setengah angan-angan, dan biasanya menceritakan asal usul nama tempat, orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan sebagainya.