KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
HARUMAN KENCANA.jpg

HARUMAN KENCANA : KASIHI MAKHLUK DI BUMI NESCAYA DIKASIHI YANG DI LANGIT | Zaharah Nawawi

RM 32.00
Buy Now

Judul: Haruman Kencana : Kasihi Makhluk Di Bumi Nescaya Dikasihi Yang Di Langit
Pengarang: Zaharah Nawawi
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Novel
Mukasurat: 349 Halaman
Cetakan Pertama: 2004
ISBN: 9836283137

Dia tidak menduga akan menjejak kaki ke tanah Perancis; menghirup udara dan menikmati alamnya; mengenal manusia dan memahami budayanya. Yang tidak terduga itu mendatangi hidupnya apabila Dr. Farahana, seorang daripada pemegang ekuiti SBH Global menawarkan kepadanya untuk mempelajari pembuatan minyak wangi di Perancis dan seterusnya untuk menjadi pakar dalam bidang tersebut di SBH Global nanti. Di Perancis, pelbagai rintangan dan halangan yang ditempuhinya - daripada mempelajari pembuatan minyak wangi dengan biaya SBH Global hingga hidup merempat sebagai gelandangan, akhirnya menjadi pelukis jalanan di Place du Tertre. Daripada dia tidak mengenali Dominique hingga menjadi rapat hubungan dengannya, tetapi tidak memahami Dominique sepenuhnya kerana ada rahsia yang dirahsiakan oleh Dominique daripadanya. Kehidupan inilah yang dilalui oleh dia - Kencana - seorang gadis awal dua puluhan - ditengah-tengah manusia dan budaya yang asing daripada manusia dan budaya bangsanya. Dalam keasingan inilah gadis Melayu bernama Kencana melalui rentetan ujian hidup.

     Inilah antara kisah yang dirakamkan oleh Zaharah Nawawi dalam novel ini. Novelis ini, yang tidak asing lagi dalam dunia novel Melayu, menerima Geran Penulisan Kreatif daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penghasilan novel ini.

KANDUNGAN:

  1. Negara Bunga
  2. Anugerah Emas
  3. Anggun Bergaya
  4. Dilamar Dr. Farhana
  5. Terbang ke Paris
  6. Paris Masih Jauh
  7. Gamitan Kota Cinta
  8. Rahsia Pigalle
  9. Menuju Grasse
  10. Antara Gunung dengan Laut
  11. Pesona Gelombang Merah
  12. Tulip dan Kaktus
  13. Panggilan Terakhir
  14. Surat Pembebasan
  15. Bertemu di Pont d'Iena
  16. Teman Tidur
  17. M01-01-10M
  18. Ditinggal Sendirian
  19. Kecuali Nyawa
  20. Rahsia dalam Baju
  21. Mendengar Salam
  22. Menjadi Pelukis Jalanan
  23. Sengatan Panas
  24. Jadi Pendiam
  25. Bagaikan Pelangi
  26. Bibit-bibit Cinta Terlarang
  27. Mimpi Ngeri
  28. Istana dalam Belon
  29. Satu dalam Sejuta
  30. Jumaat yang Pilu
  31. Perginya Bersama Cinta