KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ENSERA MARGA TIMUR DARI ST. ANTHONY.jpg

ENSERA MARGA TIMUR DARI ST. ANTHONY | Jong Chian Lai

RM 35.00
Buy Now

Judul : Ensera Marga Timur Dari St. Anthony
Pengarang : Jong Chian Lai
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 472 Halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789834600990

Hadiah Ketiga Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak 2003/2005

Kehebatan penjajahan sebenarnya sebuah kebejatan hak sejagat. Maka bersikap optimis dan dan kritis dalam menangani emosi adalah suatu yang bijak. Namun pengorbanan diri demi sebuah kelangsungan tidaklah semudah membina mimpi indah.

     Rita, wanita di hati Rentap sanggup mengorbankan cinta dan dirinya menjadi mem Rosalinda, isteri ekspatriat Inggeris, Michael Leigh demi memperjuang dan melestarikan kehormatan orang timur khususnya bangsa Iban di mata dunia orang barat.

     Derita rasa "terbuang" di Gereja St. Anthony, Brooklyn, kian menggugah apabila anak lelakinya Goffery Edward alias Libau menolak hakikat darah orang timurnya. Namun penemuan semula khazanah magis bangsanya seperti manuskrip Hikayat Rentap, ilang dan batu-batu azimat yang tenggelam bersama-sama Kapal Royalist III di Selat Melaka oleh cicitnya, Edward Blair Jr. memberi harapan baharu kepada perjuangan tersirat wanita timur itu.

     Nyata melalui novel ini, sekali lagi Jong Chian Lai, penerima S.E.A. Write Award 2006 berjaya memberi jalur-jalur pemikiran baharu tentang urna budaya setempat kita.