KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
UMK - Ekonomi Tasawur Islam.png

EKONOMI MENURUT TASAWUR ISLAM : PERBINCANGAN TERHADAP ANDAIAN oleh Mohd Zulkifli Muhammad

RM 35.00
Buy Now

 

Buku ini bertujuan membincangkan andaian yang dipakai dalam ekonomi Islam arus
 perdana iaitu andaian kehendak manusia yang tidak terhad. Sehingga kini, tidak ada
 buku yang ditulis dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris yang
 menerangkan dengan lengkap tentang andaian kehendak manusia yang tidak
 terhad dalam ekonomi Islam dari konteks tasawur Islam. Bahkan belum ada lagi
 buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tentang andaian ekonomi Islam secara
 umum. Walaupun terdapat buku dalam bahasa Inggeris tentang andaian dalam
 ekonomi Islam tetapi ia lebih kepada andaian sumber alam yang terhad (scarcity of
 resources) dan bukannya andaian kehendak manusia yang tidak terhad (unlimited
 wants). Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk bacaan umum dan rujukan di peringkat
 universiti, kolej, sekolah menengah, institusi kewangan dan institusi penyelidikan
 yang berkaitan dengan ekonomi kewangan dan perbankan Islam. Buku ini juga
 boleh menjadi koleksi peribadi pembaca kerana maklumat yang dimuatkan amat
 bernilai dan sukar diperoleh daripada bahan bacaan lain.