KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
YANG BERAT SAMA DIPIKUL.jpg

EDISI SENI WARISAN MELAKA: YANG BERAT SAMA DIPIKUL | A. Samad Said

RM 10.00
Buy Now

Judul: Edisi Seni Warisan Melaka: Yang Berat Sama Dipikul
Pengarang: A. Samad Said
Penerbit: Wira Bukit
Genre: Novel
Mukasurat: 77 Halaman
Cetakan Pertama: 2008
ISBN: 9789833922017

Munir dan Zaitun, dua beradik yang tinggal di Pertak berusaha mencari jalan membantu Rosli, kanak-kanak yang mereka dan Abu serta rakan-rakannya jumpai di dalam hutan bersekolah semula. Abu, Majid, Yahaya, Rukiah dan Esah sama-sama mengumpul duit bagi dijadikan modal untuk Rosli berniaga, kerana datuk Rosli, Datuk Jalil boleh memasak nasi lemak.

Munir, Zaitun dan Rosli sama-sama berganding bahu membina pondok untuk Rosli berniaga di kawasan air terjun yang terdapat ramai orang mengunjunginya. Apabila modalnya cukup, Rosli mula berniaga di kawasan itu. Namun tanpa disangka, ada seorang pemuda nakal mengugutnya menyerahkan wang perlindungan setiap bulan. Apa yang akan Rosli lakukan?

KANDUNGAN:

Bab

Bab 1: Tentang Bintang Tentang Ilmu

Bab 2: Tolong-menolong Membawa Berkat

Bab 3: Airnya Sejuk Tempatnya Cantik

Bab 4: Bapa Menguji Berani ataupun Tidak

Bab 5: Modal Sedikit Untung Banyak

Bab 6: Yang Salah Tetap Dihukum