KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA: MAKA BERMADAHLAH MASA | Muhammad Haji Salleh

RM 18.00
Buy Now

Judul: Edisi Khas Sasterawan Negara: Maka Bermadahlah Masa
Pengarang: Muhammad Haji Salleh
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Puisi
Mukasurat: 259 Halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 9836293620

Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara keenam mula menceburi bidang puisi pada tahun 1963. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan kumpulan Sajak-sajak Pendatang (1977), Buku Perjalanan Si Tanggang ll (1975), Ini Juga Duniaku (1977), Sajak-sajak Sejarah Melayu (1981), Dari Seberang Diri (1982), Kalau, Atau dan Maka (1988), Watak Tenggara (1993), Sebuah Unggun di Tepi Danau (1996), Aksara Usia (1998), Meraih Ruang (2004) dan Salju Shibuya (2004). Beliau yang berjawatan profesor kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dan kini sedang melakukan penyelidikan di Institut Harvard Yenching, Cambridge, juga menghasilkan beberapa buah buku kajian seperti Tradition and Change in Contemporary Malay - Indonesia Poetry (1977), Pengalaman Puisi (1984) dan edisi kedua 2005), Cermin Diri (1986), Syair Tantangan Singapura (1994) dan Puitika Sastera Melayu (2000). Beliau juga telah menghasilkan sebuah biografi, iaitu Seorang Penyair Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang, dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006.

     Maka Bermadahlah Masa memuatkan puisi pilihan daripada sepuluh buah buku puisi beliau yang telah diterbitkan dari tahun 1973 hingga 2004. Bagi memantapkan kumpulan puisi ini, Muhammad Haji Salleh mengetengahkan beberapa puisi baharu di bawah judul "Dari Pulau Pinang ke Aceh" yang dicipta pada tahun 2006.