KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
KUMPULAN DRAMA ANWAR RIDHWAN.jpg

EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA: KUMPULAN DRAMA ANWAR RIDHWAN | Anwar Ridhwan

RM 18.00
Buy Now

Judul : Edisi Khas Sasterawan Negara: Kumpulan Drama Anwar Ridhwan
Pengarang : Anwar Ridhwan
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Drama
Mukasurat : 245 Halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789834604905

KUMPULAN DRAMA ANWAR RIDHWAN ini menghimpunkan tiga buah drama: "Orang-orang Kecil", "Yang Menjelma dan Menghilang", "Pulang", yang memancarkan idea dan pemikiran pengarangnya, Sasterawan Negara Anwar Ridhwan.

     Drama "Orang-orang Kecil" merupakan drama alegori tentang kuasa dan kepimpinan yang dijelmakan pada ruang simbolik yang lebih kecil. Drama "Yang Menjelma dan Menghilang" mengetengahkan jalinan dunia real dengan dunia surreal pada masa kini dan masa lampau. Drama "Pulang" pula mempertentangkan ideal seorang nasionalis sebelum merdeka dengan sekelompok masyarakat yang mula terbiasa dengan kehidupan gaya kolonial. Drama pascakolonial ini turut mengetengahkan isu bahasa, pendidikan, sosial dan semangat kebangsaan melalui naratif yang menghiburkan.

     Skrip drama "Orang-orang Kecil" dan "Yang Menjelma dan Menghilang" telah memenangi Hadiah Utama Peraduan Menulis Drama Yayasan Seni-Berita Harian 1990. Ketiga-tiga drama ini pernah dipentaskan.

Kandungan :

  1. Orang-orang Kecil
  2. Yang Menjelma dan Menghilang
  3. Pulang
  4. Biodata