KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
MEMARTABATKAN PERSURATAN MELAYU.jpg

EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA BAHA ZAIN: MEMARTABATKAN PERSURATAN MELAYU

RM 12.00
Buy Now

Judul : Edisi Khas Sasterawan Negara Baha Zain: Memartabatkan Persuratan Melayu
Pengarang : Baha Zain
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Kesusasteraan Melayu
Mukasurat : 96 Halaman
Cetakan Pertama : 2014
ISBN : 9789834615918

Memartabatkan Persuratan Melayu memuatkan Ucap Utama Baha Zain (Dato' Baharuddin Zainal), berserta kertas bahasannya oleh Dr. Mohamad Saleeh Rahamad dan Datuk Zainal Abidin Borhan yang disampaikan pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005. Majlis tersebut yang berlangsung di Kukup Golf Resort dan Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor pada 3 - 6 Jun 2005 ini menghimpunkan kira-kira 300 orang penulis muda dari seluruh Negara.

     Dengan terbitnya buku ini dapatlah idea dan semangat yang diucapkan dalam majlis tersebut ditatap oleh orang lain secara meluas. Semoga dengan itu, manfaatnya jika ada, dapat dikongsi bersama, dan jika pandangan yang tidak secocok dengan jalan fikiran pihak lain, dapat pula pertentangannya itu dibahaskan. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai kesepakatan dalam mencari jalan untuk membina peradaban bangsa yang terhormat.


KANDUNGAN:

  1. Pengenalan
  2. Senarai Singkatan
  3. Memartabatkan Persuratan Melayu - Baha Zain
  4. Memartabatkan Persuratan Melayu - Diulas oleh Mohamad Saleeh Rahamad
  5. Memartabatkan Persuratan Melayu - Diulas oleh Zainal Abidin Borhan
  6. Biodata
  7. Indeks