KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
DUNIA HANYALAH PENTAS.jpg

DUNIA HANYALAH PENTAS | Muhtadi Mahsun

RM 35.35
Buy Now

Judul : Dunia Hanyalah Pentas
Pengarang : Muhtadi Mahsun
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 191 Halaman
Cetakan Pertama : 2017
ISBN : 9789676127693

Pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan

Komputer di hadapan mereka masih terpasang, cahaya dari skrin menyorot mayat-mayat tersebut. Setiap mayat memakai sejenis alat ganjil di atas kepala mereka, seperti sebuah topi keledar tetapi diperbuat daripada komponen elektronik yang dibentuk dan disusun dalam konfigurasi kubah atau separa sfera.

Inilah kisah seorang banduan bernama Aliff Yahaya yang dibawa keluar penjara untuk menyiasat kematian tiga orang pelajar SMK Gunung Rapat. Bersama Ketua Inspektor Kathleen Gillian DeCruz dengan pasukan elitnya, Datawan Unit 12, mereka bersama-sama menyiasat untuk merungkai misteri di sebalik kematian pelajar-pelajar itu menggunakan kecanggihan teknologi dan kepintaran daya akal.


KANDUNGAN:

  1. Bab 1 - Perkaedahan Air Terjun
  2. Bab 2 - Perkaedahan Tangkas
  3. Bab 3 - Perkaedahan Encer