KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
DOMINASI TEBRAU.jpg

DOMINASI TEBRAU | Aminah Mokhtar

RM 22.00
Buy Now

Judul : Dominasi Tebrau
Pengarang : Aminah Mokhtar
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 306 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9836279695

Pemenang Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001

Dominasi Tebrau membawa tema besar tentang pembangunan korporat siber, menggambarkan keupayaan sekumpulan cendekiawan wanita Malaysia memanjat tamadun dunia dalam bidang astrofizik, teknologi perubatan dan bioteknologi sehingga mencipta nama di peringkat antarabangsa, malah berazam, "Dunia ini akan kugoncang dengan tangan yang mengayun buaian anak-anak negaraku dan bangsaku." Profesor Amira, pakar astrofizik yang penyayang dan menjadi pendorong; Siti Zuraidah, pakar bedah neuro yang perindu; Nur Nilam, pakar bius yang pengasih dan penyedih; Siti Hawa, profesor biokimia yang tenang - semuanya berganding bahu membangunkan Hospital Siber di Tebrau Holding. Ayah, si pemburu cita-cita yang mahu memartabatkan bangsa di negara orang, akhirnya pasrah pada kehendak anak-anak yang meletakkan kecemerlangan bangsa di puncak Menara Tebrau Holding yang sinarnya bercahaya ke seluruh dunia.

"Novel ini sarat dengan idea rekonstruksi peranan wanita dalam masyarakat dan membebaskan tipa stereotaip yang melabelkan wanita dengan fungsi domestik, sebaliknya wanita diberikan peranan meneroka kemajuan dalam ruang eksternal. Novel ini membawa teknik yang kompleks dengan plot compound, berat dan beragam."

- Panel Penilai Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001