KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
DATO' ONN- JANGANLAH AKU KAULUPAKAN.jpeg

DATO' ONN: JANGANLAH AKU KAULUPAKAN | Saadiah Hj. Ibrahim

RM 20.00
Buy Now

Judul: Dato' Onn: Janganlah Aku Kaulupakan
Pengarang: Saadiah Hj. Ibrahim
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Novel
Mukasurat: 304 Halaman
Cetakan Pertama: 2016
ISBN: 9789834618001

Dato' Onn Ja'afar berasal daripada keturunan penting dalam sejarah Johor. Bapanya, Dato' Ja'afar Haji Muhammad pernah menjadi Menteri Besar Johor. Dato' Onn mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Johor dan banyak menghabiskan masa di istana Sultan Ibrahim. Dari itu, Dato' Onn mula mengenali adat istiadat istana dan perkembangan politik Tanah Melayu. Dato' Onn melihat masyarakat Melayu mempunyai banyak masalah dari segi politik, pentadbiran, pelajaran dan ekonomi. Kesedaran sosial ini mendorongnya menyertai bidang kewartawanan semasa era pentadbiran penjajah British dan pernah bertugas sebagai pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga dan Dato' Onn bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat. Pelbagai rintangan yang dihadapi dan dilalui oleh Dato' Onn sehingga digelar sebagai pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ikuti kisah perjuangan Dato' Onn dalam Dato' Onn: Janganlah Aku Kaulupakan.