KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
DARI INTROSPEKTIF MANDIRI.jpg

DARI INTROSPEKTIF MANDIRI | Badrol Awang & Wan Faizahtul Hilir Yasak

RM 25.60
Buy Now

Judul : Dari Introspektif Mandiri
Pengarang : Badrol Awang & Wan Faizahtul Hilir Yasak
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 187 Halaman
Cetakan Pertama : 2014
ISBN : 9789676126856

Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012, iaitu: sembilan buah cerpen, sembilan buah puisi, dan masing-masing sebuah kajian dan rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil karya pengarang mapan dan generasi baharu.

Karya-karya yang termuat dalam antologi ini mengangkat isu yang menyangkut hal ehwal politik yang bersifat lokal, rantau dan antarabangsa, selain subjek yang berteraskan renungan ke dalam diri, menggarapkan falsafah fitrah kemanusiaan dan hubungannya dengan ketauhidan terhadap yang Esa. Karya-karya tersebut dipersembahkan dengan seni susastera yang mampu merangsang dan menguja daya taakulan.

Cerpen “Dari Introspektif Mandiri” yang diangkat sebagai judul antologi ini menghujahkan tuntutan supaya menguasai ilmu bagi mendapatkan pandangan sarwa yang betul dalam membentuk sikap kritis dan adil dalam sebarang tidakan dan keputusan yang diambil.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Nenek Facebook - Ummu Hani Abu Hassan
  2. O, di Mana Radenku - Malim Ghozali P.K
  3. Menujum Bintang Tujuh - S.M. Zakir
  4. Kanibal Hutang Seberang - Mufaz Ahmad
  5. Protes Kari, Kepoh Ferrari - Fudzail
  6. Dari Introspektif Mandiri - Mohd Yusof Fadzil
  7. Rostum Alfafa - Shahkang
  8. Antara Tikungan yang Aneh - Mawar Safei
  9. Itanimulli - Fudzail

PUISI

  1. Kantata Malam Mahrajan - Shapiai Muhammad Ramly
  2. Suara Yang Kutanam - Shukri Muhammad Ali
  3. Diari Berdarah - Shukri Abdullah
  4. Debu - Norhisham Mustaffa
  5. Akar dan Pucuk - Husna Nazri
  6. Banjaran Alps - Ramlan Abd. Wahab
  7. Benarkah Matahari Tersangat Pijar? - Rosli K. Matari
  8. Cereka Penumpang Sejarah - Tuah Saujana
  9. Ke Negeri Senyap - Marsli N.O

KAJIAN DAN RENCANA SASTERA

  1. Falsafah Estetik - Logikal Dalam Puisi - S.M. Zakir & Arbak Othman
  2. Estetika Dalam Karya Sastera - Aminudin Mansor