KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BUNGA-BUNGA PULAU.jpg

BUNGA-BUNGA PULAU : SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Fatimah Busu

RM 38.00
Buy Now

Judul : Bunga-Bunga Pulau : Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang : Fatimah Busu
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 436 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9836284079

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.


KANDUNGAN:

Kata Iringan

  1. Nasinya Tumpah
  2. Lambaian Tanah Hijau
  3. Bunga-bunga Pulau
  4. Anak Bumi Tercinta
  5. Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan
  6. Setulus Kematian Seekor Sang Kancil
  7. Alkisah Cetera yang Kesembilan
  8. Al-Isra'
  9. Teruskan Perjalananmu
  10. Mahar Asmara
  11. Suatu Legenda Himpunan Bakawali
  12. Fatamurgana
  13. Al-Amin
  14. Embun yang Kering
  15. Perkembalian Seorang Maria Zaiton
  16. Mempelai
  17. Melihat Hujan
  18. Tolol si Tolol
  19. Bulan Berlingkung di Pasir Pekan
  20. Pada Suatu Masa Dahulu

Biodata Pengarang