KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BUKU KEKASIH.jpeg

BUKU KEKASIH | Shaharom TM Sulaiman

RM 19.00
Buy Now

Judul : Buku Kekasih
Pengarang : Shaharom TM Sulaiman
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Buku dan Bacaan - Aspek Sosiologi
Mukasurat : 333 Halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9676116157

Siri Kembara Buku Utusan

Adat orang berkasih, tika berjauhan gundah-gulana, menghitung waktu bilakah dapat bersua. Kala di sisi, segenap jiwa bernyanyi ria. Kekasih hadir mengubat banyak perkara.

Begitu ibaratnya jika buku menjadi kekasih. Sentiasa mengerti dan memberikan harapan. Acap kali manusia dikecewakan sesama manusia tetapi buku tidak pernah mengecewakan walau bagaimana sekalipun "dia" dilayan. Dia kekasih abadi bagi yang mengerti.

Siri Kembara Buku Utusan mengutarakan isu-isu yang merangkumi pelbagai aspek yang unik, aneh, misteri dan memikat tentang dunia perbukuan sama ada dari sisi sejarah, senario, tokoh, tingkah laku, peranan mahupun perkembangannya.

Siri ini mengajak para pembaca mengembara secara ekstrinsik dan intrinsik ke alam buku.


KANDUNGAN:

Pendahuluan

BAHAGIAN I: DUNIA BUKU DAN PEMBINAAN TRADISI

  1. Pembangunan Semula Perpustakaan Iskandariah
  2. Al-Nadim, Kitab al-Fihrist, dan Toko Buku
  3. Peranan Warraq dalam Tradisi Perbukuan Islam
  4. Ensiklopedia Klasik daripada Dunia Islam
  5. Mendokumentasi Fikiran
  6. Tradisi Intelektual Farsi
  7. Mencari Karya Agung Melayu
  8. Keunikan Karya-karya Falsafah Islam
  9. Senario Toko Buku di Malaysia
  10. Tradisi Penulisan Autobiografi di Jepun
  11. Karya-karya Ilmu Sosial di Asia Tenggara
  12. Menyoroti Karya-karya New Age

BAHAGIAN II: MEMBACA PEMIKIRAN DAN KARYA-KARYA PENULIS ASIA DAN MALAYSIA

  1. Pemikiran Hamka Tentang Kehidupan Beragama Masa Kini
  2. Pramoedya Ananta Toer dan Tragedi Kemanusiaan
  3. Menelusuri Penulis-penulis Kontemporari India
  4. Mulla Sadra dan Pemikiran Falsafah Tinggi
  5. Menyusur Kembali Pemikiran Pak Sako
  6. Membaca Pemikiran A. Samad Ismail
  7. Menyelami Pemikiran Keris Mas
  8. Kontroversi Memoir Politik Said Zahari

BAHAGIAN III: BUKU DAN EMOSI

  1. Fungsi Buku sebagai Makanan Rohani
  2. John Gray dan Keunikan Karya Cinta
  3. Inspirasi Pencarian Cinta dalam Novel-novel Danielle Steel
  4. Bung Karim dan Mutiara Kata Cinta
  5. Pencarian Agama dalam Karya-karya Leo Tolstoy
  6. Celestine Prophecy dan Pencerahan Spirituil

BAHAGIAN IV: KEUNIKAN DUNIA BUKU DAN RAGAMNYA

  1. Andaikan Buku Makanan Kesukaan Kita
  2. Dunia Pencinta Buku
  3. Buku Harian Anne Frank yang Menggemparkan
  4. Membaca Cepat
  5. Pengulangan Membaca Sentiasa Memberi Makna Baru
  6. Cerita-cerita Seram membawa Nikmat Tersendiri
  7. Daripada Novel kepada Perbincangan Undang-undang
  8. Meraih Keuntungan daripada Kisah Osama dan Taliban
  9. Manfaat Indeks Buku kepada Pembaca
  10. Penulis dan Sumber Idea
  11. Penulis dan Khalayak Pembaca
  12. Mengatasi Trauma dengan Menulis
  13. Peter Roget dan Pembentukan Tesaurus
  14. Diskusi Buku antara Beriman dan Tidak Beriman
  15. Nasib Toko Buku Terpakai di Bali Selepas Tragedi 12 Oktober 2002

BAHAGIAN V: PENGARANG BARAT DAN PROSES KEPENGARANGAN

  1. Kepengarangan J.R.R Tolkien dan Legenda The Lord of The Rings
  2. J.K Rowling dan Pengaruh Sihir Harry Potter yang Berterusan
  3. Sentuhan Novel-novel Stephen King
  4. Isaac Assimov, Mahaguru Sains Fiksyen-Ilmiah
  5. Nostradamus dan Kekuatan Psikik

Bibliografi

Biodata