KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BUKAN LEGASI LALANG.jpg

BUKAN LEGASI LALANG | Sri Rahayu Mohd Yusop

RM 20.00
Buy Now

Judul : Bukan Legasi Lalang
Pengarang : Sri Rahayu Mohd Yusop
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 155 Halaman
Cetakan Pertama : 2001
ISBN : 9676112259

Membunuh Jebat menjadi hutang yang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun.

Tuah, Jebat ---dua ayam sabung yang dilagakan kerana semberono kesumat, kuasa, wanita, fitnah, keadilan. Perlagaan yang tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanyalah anganan yang wuiud dalam mimpi.

Kering jiwa Tuah menumpahkan setia taat kepada tuan. Dan Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai ilalang. Di padang luas terbuka.

Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?


KANDUNGAN:

  1. Mengkuang Layu
  2. Rebah
  3. Bagaikan Puteri
  4. Penebus Dosa
  5. Karam Di Laut Boleh Ditimba
  6. Baju Sehelai Dipinjam Pula
  7. Hendak Mendakap Gunung
  8. Langit Tinggi Disangka Rendah
  9. Rosak Dalam Lipatan
  10. Kiambang Terkuak Nampak Keruh Di Air
  11. Biar Putih Tulang
  12. Baiklah Mati Berkalang Tanah
  13. Disangka Panas Hingga Ke Petang
  14. Hujan Di Tengah Hari