KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BIARLAH ORANG TAHU.jpg

BIARLAH ORANG TAHU : SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Mohd. Affandi Hassan

RM 40.00
Buy Now

Judul : Biarlah Orang Tahu : Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang : Mohd. Affandi Hassan
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 468 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9836284060

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.


KANDUNGAN:

Kata Iringan

  1. Dendam
  2. Matinya Seorang Pahlawan
  3. Biarlah Orang Tahu
  4. Angin dari Gunung
  5. Yang Terbiar dan Dilupakan
  6. Nikmat Kemakmuran
  7. Mimpi Rakyat
  8. Pak Mat Pembangunan
  9. Isa
  10. Al-Fauz'ul-Kabir
  11. Tenggelam di Lautan China
  12. Penjual Bintang
  13. Lodeh SPM dan Beruknya
  14. Birokrat Tulen
  15. Bukan Ahli UMNO
  16. Bukan Orang Jahat
  17. Bukan Tahi Bintang
  18. Bukan Menara Kuil
  19. Bukan Birokrat Palsu
  20. [,] & [.]

Biodata Pengarang