KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BELATI CINTA ZULAIKHA.jpg

BELATI CINTA ZULAIKHA | Nor Azah Abd Aziz

RM 20.00
Buy Now

Judul : Belati Cinta Zulaikha
Pengarang : Nor Azah Abd Aziz
Penerbit : Utusan Publications & Distributiors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 274 Halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9676116017

Belati Cinta Zulaikha menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003, iaitu: 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah rencana satera, dan sebuah kajian sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta rata-rata pengarang generasi baru, di samping pengarang kawakan tanah air.

Isu yang diangkat pelbagai---daripada isu kekeluargaan dengan persepsi baru dan segar, membawa kepada dunia korporat, alam seni, etika persahabatan, pergolakan sosial, nilai luhur, pegangan tauhid, pembangunan manusiawi, dan seterusnya menerjah isu global yang mencecah pergolakan politik dan peperangan dunia. Karya-karya tersebut mencerminkan pandangan pengarang yang kritis dan semakin licik menangani rencamnya isu yang bergolak dalam wilayah tempatan, juga merentasi wilayah antarabangsa.

Puisi "Belati Cinta Zulaikha" yang menjuduli antologi ini menghalusi betapa pesona mata ialah jendela kepada keruntuhan insani yang terkunci hanya oleh iman kepada Yang Maha Kuasa.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Menternak Hantu - Marsli N.O.
  2. Dia, Hajar Tidak Menyerah - Mohd. Nazmi Yaakub
  3. Sidang Raja Pengemis - Salman Sulaiman
  4. Segugus Markisah dari Brastagi - Zana Zanzaly
  5. Tanggar Amanat - Amaruszati Noor Rahim
  6. Syurga di Kaki Ibu - Mohd. Hashim Osman
  7. Eksperimen 5-S - Ghafirah Idris
  8. Reeves, Cormack dan Semak - Sri Rahayu Mohd. Yusop
  9. Cat 2 - Uthaya Sankar S.B.
  10. Sedingin-dingin Bilik Menteri - Raja Ahmad Niza Raja Ismail

PUISI

  1. Di Dada Mereka Ada Khalid - Sahrunizam Abdul Talib
  2. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus - Sazalee Yacob
  3. Narator dari Desir Angin - Marjan S.
  4. Penggilap Rezeki - Mohd. Hashim Osman
  5. Kekasih, Tatkala Hujan Begini, Ingatanku Kepadamu Kian Parah - Shamsudin Othman
  6. Kembali Gawai Rindu Telerai - Abizai
  7. Belati Cinta Zulaikha - Husna Nazri
  8. Pusaka dari Bilik Penjara - Hamid Karim
  9. Empat Musim Anak Bangsa - Razali Mohd. Yussof
  10. Sekeping Kartu Kecil - Mohd. Aidid Abd. Rahman

KAJIAN & RENCANA SASTERA

  1. Puisi-puisi Usman Awang dari Sudut Sosiopsikopragmatik - Arbak Othman
  2. Orientalisme Perkecil Timur - S.M. Zakir
  3. Hapuskan Feudalisme Sastera Melayu - S.M. Zakir
  4. Rentak Melayu Ayed Alwi - Anuar Nor Arai
  5. Warisan di Tengah Halaman - Anuar Nor Arai