KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BAYANG DI TIRAI BELULANG.jpg

BAYANG DI TIRAI BELULANG | Nor Azah Abd Aziz & Rozlan Mohamed Noor

RM 24.00
Buy Now

Judul : Bayang Di Tirai Belulang
Pengarang : Nor Azah Abd Aziz & Rozlan Mohamed Noor
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 200 Halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789676122797

Bayang Di Tirai Belulang merupakan kumpulan karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008, iaitu; sembilan buah cerpen, sembilan buah puisi, dan masing-masing satu kajian dan rencana sastera. Karya-karya yang tersebut merupakan hasil karya pengarang mapan dan generasi baharu.

Himpunan karya pelbagai genre ini memperlihatkan usaha pengarang mengemukakan isu-isu yang relevan dengan gaya pengolahan yang segar.

Karya-karya yang termuat mengangkat pelbagai isu semasa yang menyangkut hal-ehwal politik, pembangunan, warisan, gejolak sosial, dan kekacauan emosi. Karya-karya tersebut dipersembahkan dengan kesedaran seni susastera yang mampu merangsang dan menguja daya taakulan.

Cerpen "Bayang di Tirai Belulang" yang menjuduli antologi ini menyelami falsafah peribadi unggul melalui watak Anoman dan Gatotkaca yang dihidupkan daripada legenda wayang kulit dan diasosiasikan dengan watak kehidupan realiti.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Di Alam Barzakh - Sabda S
  2. Senapang - Muhammad Lutfi Ishak
  3. Masjid - S.M. Zakir
  4. Bayang di Tirai Belulang - Serunai Faqir
  5. Di Pagi Syawal, Apakah yang Kau Cari? - Malim Ghozali PK
  6. Dia dari Penjuru Tahun Lalu - Mawar Shafei
  7. Walinong Sari - Aminah Mokhtar
  8. Madrasah Mustaqim - Husna Nazri
  9. Lelaki Sang Penjinak Ular - Mohd. Hashim Osman

PUISI

  1. Parut Tanda Tanya di Tubuh Merdeka - Sahrunizam Abdul Talib
  2. Potret Lima Puluh Tahun - Shukri Abdullah
  3. Sepotong Cinta di Dunia Angin - S.M. Zakir
  4. Syarah Sejarah 9 - Muhammad Lutfi Ishak
  5. Sang Semut - Fahd Razy
  6. Bahasa Kejadian II - Fahd Razy
  7. Perjalanan Pohon - Malim Ghozali PK
  8. Kembali Ke Kampung Tradisi ii - Shamsudin Othman
  9. Pada Glaukoma Ke Ahmar - Abd Razak @ Rezeki Othman

KAJIAN & RENCANA SASTERA

  1. Prasangka Orientalis Terhadap Bangsa Melayu - Awang Azman Awang Pawi
  2. Penulis Ulul Albab dan "New Man" - S.M. Zakir