KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
MERENANGI DUA LAUTAN.jpg

BAHA ZAIN : MERENANGI DUA LAUTAN (SIRI KAJIAN BIOGRAFI PENERIMA S.E.A. WRITE AWARD) (SOFT COVER) | Lim Kim Hui

RM 35.00
Buy Now

Judul : Baha Zain : Merenangi Dua Lautan (Siri Kajian Biografi Penerima S.E.A. Write Award) (Soft Cover)
Pengarang : Lim Kim Hui
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Kesusasteraan Melayu
Mukasurat : 266 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834617660

Biografi bukan sekadar satu senarai fakta peribadi. Biografi memberikan tumpuan terhadap pembentukan dan pembinaan sejarah peribadi seseorang dengan meletakkannya dalam konteks sejarah, sosial dan politik yang lebih besar. Pendekatan penulisan biografi daripada perspektif sosiologi ini memberikan perhatian terhadap "Imaginasi sosiologi" ini menggambarkan bagaimana pengalaman individu berhubung kait dengan institusi sosial dan kedudukan seseorang dalam sejarah dan tradisi masyarakat yang lebih luas. Dengan menggunakan perspektif sosiologi tersebut, buku biografi sastera ini berusaha merakamkan perjalanan, pemikiran dan liku-liku hidup Baha Zain yang berwarna-warni, baik sebagai seorang penulis, pegawai kerajaan, penerbit, pemblog mahupun pejuang bahasa. Imej-imej Baha tentang realilti dan impian, perempuan dan bayang-bayang, siang dan malam, desa dan kota, topeng-topeng dan wajah sebenar membawa pembaca berdansa dan bermain di atas pentas kreativitinya. Buku ini amat sesuai dimiliki dan penting dibaca oleh para pengkaji, pelajar dan sesiapa sahaja yang meminati penulisan biografi khususnyadan sastera Melayu umumnya.


KANDUNGAN:

Kata Pengantar
Pendahuluan

1. MANUSIA BAHA ZAIN: MERENANGI DUA LAUTAN

  1. Pendahuluan: Lahirnya Sebutir Bintang Sastera
  2. Denai-denai Perjalanan Membina Kerjaya Sastera
  3. Di Persimpangan Kerjaya: Antara Konflik Birokraasi dengan Konflik Kreativiti
  4. Merenangi Dua Lautan Baha Zain: Dari Lautan Rasa ke Lautan Fikir dan dari Lautan Idealisme ke Lautan Pragmatisme
  5. Kesimpulan: Mencari Manusia Baha Menerusi Karya Sastera

2. PENYAIR BAHA ZAIN: KRITIS, ROMANTIS DAN SINI

  1. Pendahuluan
  2. Baha Zain: Puisi dan Peribadinya
  3. Baha sebagai Penyair Kritis: Puisi-puisi Protes dan kritikan Sosial
  4. Puisi-puisi Baha: Antara Kerinduan Desa dengan Keangkuhan Kota
  5. Dualisme dan Romantisisme Puisi-puisi Baha: Antara Kebenaran dengan Kepalsuan
  6. Kesimpulan

3. BAHA ZAIN SELAKU PENGKRITIK DAN ESEIS SASTERA: ANTARA NASIONALISME, PRAGMATISME DAN RASIONALISME

  1. Pengenalan
  2. Baha Sebagai Pengkiritik dan Eseis Sastera
  3. Baha: Apa Itu Esei dan Kritikan?
  4. Baha dan Dunia Kritikan: Persoalan dan Keprihatinannya
  5. Kesimpulan

4. BAHA ZAIN PENULIS BLOG PEJUANG BAHASA MELAYU: REFORMIS POLITIK DAN PERANG SIBER

  1. Pendahuluan
  2. Baha: Blog dan Pasaran Bebas Maklumat
  3. DesaKota: Perang Siber Baha  dan Gelanggang Agenda Melayu
  4. Blog sebagai Senjata Baharu Perjuangan Bahasa Melayu
  5. Dunia Falsafah Baha: Antara Kesepian dengan Keindahan
  6. KebunCipta: Dunia Penciptaan Maya Baha Zain
  7. Kesimpulan

5. MUTIARA FIKIR BAHA ZAIN: KUTIPAN PEMIKIRAN DAN PETIKAN KARYA

  1. Pendahuluan
  2. Puisi-puisi Terpilih Baha Zain: Kuntum-kuntum Puisi Mekar di Kebun Sastera.
  3. Esei dan Kritikan Sastera Terpilih Baha Zain: Menjana Pemikiran Kritis Memperkasa Sastera
  4. Tentang Penulis
  5. Tentang Timur-Barat
  6. Tentang Kritikan Sastera
  7. Tentang Sastera Nasional
  8. Cerpen Terpilih Baha: Dari Gelanggang Seni ke Pentas Politik
  9. Petikan Pendapat Baha dalam Blog: Media Baharu dan Perjuangan Bahasa Melayu
  10. Kesimpulan

6. KESIMPULAN: KERJAYA CEMERLANG SI JUARA KEDUA?

  1. Pendahuluan
  2. Baha Manusia Melayu: Perwatakan Peribadi dan Idealisme
  3. Kesimpulan

Biodata Penulis
Lampiran: Senarai Karya Baha Zain
Bibliografi
Galeri
Indeks