KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
AYAH.jpeg

AYAH | Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail

RM 26.00
Buy Now

Judul : Ayah
Pengarang : Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail
Penerbit : Tintarona Publications
Genre : Novel
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789833514632

Cerita ini adalah mengenai kasih sayang seorang anak terhadap ayah sehingga sanggup mengharungi pelbagai ujian. Raina, anak remaja kepada seorang pengusaha sarang burung telah pulang ke kampung halamannya setelah selesai menduduki peperiksaan STPM. Raina bercita-cita melanjutkan pelajaran ke menara gading tetapi emak saudaranya ingin Raina mendirikan rumah tangga.

     Ayah Raina sendiri tidak mampu membuat keputusan. Ayah Raina seorang pengusaha berjaya tetapi sejak mengalami kemalangan sehingga menyebabkannya lumpuh, telah mengubah sikapnya menjadi pendiam.

     Raina dalam dilema apabila mendapati ayahnya berputus asa untuk sembuh. Raina berusaha untuk memulihkan semangat dan kesihatan ayahnya. Raina yang dibesarkan dengan persekitaran hutan telah nekad dan berani memasuki hutan untuk mendapatkan penawar sakit lumpuh ayahnya iaitu tanduk rusa bercabang tujuh.

     Dengan bantuan Atoi iaitu seorang pemuda Dusun, hasrat Raina tercapai. Keazaman Raina sanggup melalui kesukaran bagi mendapatkan penawar sakit lumpuh ayahnya, membuatkan ayahnya sedar dan akhirnya bersetuju untuk menjalani rawatan terapi seperti yang dinasihatkan pihak hospital. Malah cita-cita Raina untuk melanjutkan pelajaran juga mendapat restu ayahnya.