KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
UUM pengurusan-bencana.jpg

Aspek Kemanusiaan Dalam Pengurusan Bencana (Editor Che Su Mustaffa et al)

RM 39.00
Buy Now

Aspek Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana Editor: Che Su Mustaffa, Najib Ahmad Marzuki, Mohamad Sukeri Khalid, Sapora Sipon & Mohd Fo’ad Sakdan, 2018 ISBN 978-967-2064-44-2, 170 hlm, RM 39.00 Pengalaman merupakan suatu perkara yang paling berharga dan menjadi suatu pengajaran dalam sebuah kehidupan. Jarang sekali kita memiliki pengalaman yang sama. Lantaran itu, perkongsian pengalaman merupakan satu perkara yang penting kerana daripada pengalaman seseorang memungkinkan kita untuk belajar menghargai serta menghayati sesuatu yang mungkin tidak pernah kita alami. Meskipun banjir ialah perkara lumrah yang berlaku hampir setiap tahun di negara kita dan seolah-olah suatu kebiasaan bencana yang dialami saban tahun, namun pengalaman daripada dalam diri individu itu sendiri jarang dinukilkan. Mengambil beberapa tema yang penting tetapi perlu ditonjolkan sebagai kesan sesuatu bencana, buku ini tidak hanya menyentuh aspek teori dalam memerihalkan tentang sesuatu kesan bencana tetapi juga dari sudut pandang mangsa sendiri.